SEJARAH PENUBUHAN
Kelab Dewan Amal Islami Universiti Utara Malaysia ataupun dikenali sebagai Kelab DAMAI UUM telah ditubuhkan secara rasmi di bawah Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni ini pada tahun 2012. Kelab ini di bawah bimbingan ustaz ridzuan bin abdullah sebagai penasihat kelab. kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan dan memberi kesedaran tentang pelbagai isu keintelektual, keilmuan dan kemanusiaan yang kita lihat sendiri daripada saluran media yang tertutup mahupun terbuka.
Pada awal penubuhan kelab ini, seramai 67 orang ahli telah didaftarkan. Fokus kelab ini adalah untuk menjadikan Damai sebagai wadah untuk memperjuangkan dakwah kepada muslim dan non-muslim dan sebagai pembangunan diri kepada mahasiswa dari sudut intelektual dan kemanusian yang kian lama makin pudar daripada kaca mata mahasiswa khususnya mahasiswa yang beragama Islam. Sekaligus, kelab ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmiah dan kepimpinan.